Tuesday, June 17, 2008

Boston with Luv

hello u ols. kali nye entry beta nak memperkenalkan geng2 study, melepak, bergelak, g outing, geng tido, sume la aktiviti selalu nye dibuat bersama.



aktiviti2 ni selalunya dibuat suatu ketika dahulu. masa kami sama2 mengambil diploma in accountancy di UiTM Seri Iskandar dulu. walaupun tempat tu ibarat kan padang jarak padang tekukur, kami enjoy ape duduk sana. makan pun tak mahal. jalan tak jem. yg penting, every weekend balik umah! hehehe.



ada apa kat sana? dari Seri Iskandar ke Ipoh harus la makan 45 minit cmtu. Ade la JJ, Ipoh Parade, Greentown Mall. ha seronok jugak la g sana. tak la padat mcm KLCC ke Midvalley ke. Sentiasa ada parking utk park kete ok. hahaha. lagi satu, free! tayah bayar tau.



ok jom kite perkenalkan satu demi satu.





Perempuan ni mesti ramai dah perasan dlm blog ni kan? Nama nye Norliyana. Orang panggey Nolie je. Beta bukan kenal dia kat Uitm, beta dah kenal selepas SPM lagi masa sama2 keje kat Pej Pos dulu2. Tak sangka jodoh panjang, jumpe kat Uitm, satu kelas lagi. Dia baik tau. Sangat2 baik. Dan paling best, dia la cekgu beta yg tak bergaji. Sangat sabar melayan hidup beta. Dia la selalu jaga hidup beta kat sana. Makan, study, duit, nota, sume dia la yang jaga. Kadang2 meja pun dia kemaskan. Almaklumla beta ni kan dibawah jagaan dia. i lap u nolie!



Tepi dia tu pulak Hafizi. Orang panggey Fizi je. Merangkap sebagai bopren Nolie itu. Pelajar Anugerah Dekan ok! Dia ni nampak mcm blur je. Cuba mintak ajar pasal study sket. Mahu dia ajar dgn sebelah mata je. Dia ni suke makan nasik. tak sah kalo tak dpt makan nasik. kan fizi kan? hahaha





hah ni Siti Nur Atiqah nama nye. Orang panggey Atiq. Atiq ni duduk bilik sebelah bilik beta di kolej dulu. Oleh kerana beta punye doormate budak art. So ngan budak2 bilik sebelah la tempat mengadu, tempat makan minum, tempat melepak, tempat study. Atiq ni muka je garang. Tapi lembut hati. Dia suka guna bahasa mcm "Kita" "Awak". Lagi satu beta selalu pesan kat dia cmni "Atiq, cube senyum sket! jgn kerut2 dahi" hihi Tapi dia la sebenarnye menjadi kakak kepada kami semua. Dia ala ala selalu matang sket dari kami la. Kami yang lelain agak ke laut pegi nye. Dia ala ala serius gitu. Ampun atiq!






Yang ni plak Nurul Idashafura. Pelik? Lecturers selalu susah sebot nama dia. Celah mana yang susah pun tatau la. Tapi kami panggey dia Ida je. Kadang2 Idot. hiks. 1st time masuk uitm, dia ni la org yg 1st beta kenal. SOmbong? MMG PUN! Ces. Kayu je minah ni. Dah la dia budak bilik sebelah. Dia kelas ngan beta secara kebetulan. Ade ke dia main menonong je tinggalkan beta masa part 1. Hahahaha. Dia ni pendiam sket. Dia pandai tau, tapi dia tak reti mengajar org lain. Sudahnye "Ela, amik je la buku ida tiru, ida tatau la cmne nak terangkan" hah ni slalu beta dgr masa dulu2. Siot sikit budak ni. Tapi nota2 dia tak kedekut tau. hihi.







Yang ni plak Nur Kamilah. Kami panggey Meq. Orang Terengganu. Slang cakap mmg la tak leh ubah. LANGSUNG! bile try ckp KL, dah mcm dlm citer Nana Tanjung plak. hehe. Dia ni suka berangan. antara reramai, even beta selalu di guide oleh Nolie, Meq ni lagi bukan takan guide, kene pimpin ok. Dia cepat lost. Cepat ilang kosentrasi tau. SUke tido plak tu. Ikot sedap ati dia je nak tido bile2. hihihi. Tapi dia sangat bagus menjadi pendengar. Selalu bersedia menjadi pendengar.






Yang belah kiri itu nama nye Nik Nur Diyana. Kami panggey Nik je. Sebelah tu plak Khaireena, atau Rena. Diorang budak bilik bawah. Asal nak g basuh baju kat mesin je, bilik diorang mesti jadi sasaran melepak. Nik ni rajin orang nye. Pemalu, penakut, pendiam. Sume nye dia la. Cube jeritkan nama dia depan dia. Hahaha confirm pucat. Mcm ada buat salah gitu. Yang roomate nye si Rena ni lak sgt contra dari Nik. Tido? NO 1. Selalu malas g kelas. Tp pandai jugak. Siot btol. Tapi paling pelik, lecturers caya je helah2 dia kenapa tak dtg kelas tau. Mencik! hahaha







Ni roomate Nolie, Nama nye Nurul 'Ain. Panggil je Ain. Dia lembut orangnye. Tapi dalam masa yang sama tegas! kalo bab memerli, memulang paku buah keras, serah saja pada dia. hihi. Dia kurus sgt2. Sian btol. Mcm tak cukup vitamin ok. hahahaha slamber aku kutuk dia. Ain ni selalu join kami melepak sbb dah dia roomate ngan Nolie kan. Dia suka pink. Dia suka Liverpool. Satu satu nya kawan perempuan yang beta bleh share cerita bola sepak. hihi







yang ni baru la roomate beta. hahaha. Yang berbaju biru itu. Nama nye Marlina. Orang Ipoh. Kadang2 balik rumah dia jugak (mak dia masak sedap tau). dia selalu tade dlm bilik tau. sibuk kan. dia amik art and design. sentiasa kat school dia abeskan keje. tu sebab beta selalu ade kat bilik sebelah. Semua org pun tau hahaha. Yang baju itam tu penumpang tetap bilik kami. Napsiah nama nye. Comel, kelakar, byk ckp. Bes tau ngan dia ni. Kalo susah tido, suruh la dia memain rambut ke. Nanti mesti bleh tido. hihi. Dia selalu jd tukang urut beta dikala penat duduk di kerusi.







Hah yang ni boleh dikatakan lelaki terapat la dgn beta dan nolie. Mohd Ashraf Saim. or also known as acap cina. Dia ni nampak garang. Tp hati pink jugak. Cuma tak tunjuk je. Dia ni mcm penjaga kami berdua gitu. Tapi kdg2 hati panas gak ngan dia ni. Suke ckp lepas ok. hahaha Tp pnah la insiden dia eksiden dulu btol2 merisaukan hati beta. ye la, dah la jauh dari mak bapak, ko bleh bantai eksiden plak. tak ke risau kami2 ni. Acap ni penyokong Cannavaro. Blahh la.







Aidee Radzwan nama diberi. Nama manja Cedek. hahahah CEO kami masa the apprentice. Tp kami panggey dia CEOOOoooOooOoOOO. ikot suke la. sbb CEO takleh pakai. mengarah je lebey. dia ni klaka tau. setiap yang kuar dari mulut dia, ade je yg klaka. dah la dia jiran dgn lecturer law kami. lg la klaka dibuatnya. Dia ni agak cool. Tp kdg2 rasenye dia mcm ade simpan sumthing je dlm hati. tanak bitau kami. Tp sbg CEO, dia selalu tak pressure kami. tak pnah salahkan kami pun. BYK CANTIK KO NAK SALAH KAN KITORANG? hahahhahaha















Hah ni la serba sedikit idop beta dulu2 kat Perak. Memula dulu takleh terima tempat ni. Even sampai abes part 6, tetiap minggu kalo tade pape, kami balik Selangor. Tapi kami enjoy life kat sana, lebey simple, light. Tak mcm uitm shah alam. sangat bz. Lecturers pun lebey caring. I still remember Puan Yusnaliza. Tak penat2 ngajar beta. Tak bosan2 tgk muka beta ni. hihi Thanks tau Puan!




Being with them ni, tak pnah sket pun beta kesali. sampai skang masih rapat ngan diorang. Mcm Marlina ngan Napsiah further studies Degree in Ceramic kat Uitm Shah Alam. Yang lelain sume Degree in ACC di merata Uitm. Cuma beta ngan Meq je amik Finance. Tak layak kot? hihi ahh tak kisah, janji beta sayang mereka, mereka sayang beta balik! harus la kan? hihi

6 comments:

  1. Mcm best je baca sumer kenangan u ni.. hehehe

    ReplyDelete
  2. mesti korang kamceng kan adik...

    enjoy puas2 student life adik..sebelum ke alam pekerjaan pula....

    :)

    ReplyDelete
  3. eratkan lg persahabatan korang...jgn terlerai k...:D

    kawan ketawa ramai...tp kwn menangis sorang...huhu

    ReplyDelete
  4. comel2 kawan ko ye naz..tp apa pun ko paling cute la..hehe

    ReplyDelete
  5. cun2 la kan... betul kata kak ita tu

    ReplyDelete
  6. ramai sungguh kawannya..leh wat team Dikir Barat..huhuhu

    ReplyDelete